Tuesday 1 January 2013

Gambar Telur Dinasour Terbesar Di Dunia

telur dinasourFosil Telur dinasour di Muzeum China
Telur dinasour dikatakan mempunyai lapisan oksigen yang cukup,membolehkannya tahan lama,gambar telur dinasour terbesar di China
Fosil telur dinasour di Chechnya
Dinasour adalah merupakan haiwan pra sejarah yang pernah menguasai bumi pada suatu masa dahulu, Kewujudannya merupakan salah satu misteri haiwan yang mempunyai sejarah yang hebat serta terus menjadi kajian para saintis. Fosil telur dinasour yang dijumpai di China dan Russia ini sememangnya antara penemuan yang menarik.Berat fosil telur dinasour ini adalah seberat 2- 10 kg bagi setiap satunya.
Dinasour dikatakan mengalami pelbagai evolusi yang panjang, sebelum ianya pupus dari muka bumi. Menurut saintis dari University of Zurich , Marcus Clauss menjelaskan setiap spesies dinasour akan menguasai sesuatu kawasan sehingga dinasour yang kecil akan kehilangan habitat kerana dikuasai oleh spesies yang lebih besar. Saintis tersebut juga tidak bersetuju dengan pendapat tentang meteor yang menghentam bumi dan menyebabkan debu tebal menyelimuti atmosfera berbulan-bulan lamanya sehingga ke semua dinasour pupus, sebaliknya menjelaskan evolusi yang berlaku menyebabkan dinasour berubah bentuk dan terus hidup tetapi dengan bentuk dan cara yang berbeza.
Di dalam era moden, dinasour sememangnya popular terutama selepas filem bersiri Jurasic Park yang memperlihatkan pemburu Dinasour paling ganas iaitu T-Rex atau Tyrannosaurus rex

No comments:

Post a Comment