Friday 31 August 2012

Bagaimana Terbentuknya Kolam Air Panas?

Pembetukan kolam air panas berpunca dari dua fenomena geologi:

 Pemanasan air kemungkinan berlaku disebabkan pertembungan dengan lapisan magma atau semasa letusan gunung berapi.Ada sesetengah gunung berapi menjadi dorman(tidak aktif)selepas letusan.Bagaimanapun ada lapisan magma di bawah permukaan bumi timbul akibat pergerakan kerak bumi.Ia mengeluarkan wap panas dan air menjadi panas jika ada keretakan pada akuifer(bahagian bawah tanah mengandungi kerikil atau batu berliang yang terkandung air).Jenis kolam air panas ini dipanggil kolam air panas sulfur.

 Air hujan akan meresap kedalam permukaan menjadi air bawah tanah.Apabila air bawah tanah dipanaskan oleh magma di bawah kerak bumi,ia akan membentuk kolam air panas.Ia dikenali kolam air panas karbonat dan banyak ditemui di lurah gunung.

1 comment: