Monday 31 December 2012

Teknologi pelik yang pernah dicipta


1. Humping USB Dog

Teknologi pelik yang pernah dicipta
Simple jer, ini adalah seekor anjing yang dijolok ke drive USB anda dan ia akan ‘bergoyang’.Pelik dan sangat memalukan dan tidak ada gunanya. Satu lagi dari Jepun untuk dunia gadget.

2. Pee Powered Battery
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Ini adalah bateri bertenaga cecair yang mesra alam dan baru sahaja memasuki pasaran di Jepun. Sebenarnya anda boleh menggunakan cairan apapun untuk mengisi semula bateri ini, tapi dengan nama ‘pee powered’ (maksudnya bertenaga air kencing), mungkin saja ada orang yang benar-benar menggunakan air kencingnya untuk recharge. Fikiran orang juga semakin terjerumus dengan adanya tulisan ‘NoPoPo’, yang sebenarnya adalah singkatan dari Non Polluting Power.

3. Beg Galas Anti Peluru
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Sebenarnya jika anda sampai memperlukan benda ini, maka sebaiknya anda berpindah tempat kerja atau tempat tinggal. Pengeluarnya mengatakan bahawa “Memiliki produk ini adalah perkara penting untuk bertahan hidup daripada anda tidak memiliki perlindungan apapun dan ditembak dengan peluru 9 mm dari sebuah Magnum 44.” Hmm.. bukan kriteria utama bagi orang-orang yang ingin membeli sebuah beg galas.

4. Mini Desk
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Memang desainnya menarik, tapi bolehkah anda membayangkan diri anda bekerja di meja seperti ini selama bertahun-tahun? Setelah trendnya berakhir maka anda mungkin akan menyesal 4400 US$ yang telah anda keluarkan.

5. Wireless Trashcan
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Tempat sampah ini didakwa sebagai “hard drive penyimpan yang unik” yang dapat menyelamatkan file dari penghapusan yang tidak disengaja dengan cara menyimpan mereka. Tapi apa bezanya dengan external harddrive biasa yang bentuknya tidak memalukan untuk dibawa kemana-mana?

6. iPod Toilet Roll Holder
 Teknologi pelik yang pernah dicipta
Dock iPod ini berharga 199 US$, harga yang cukup mahal hanya untuk sebuah penahan gulungan tissue.

7. The Beerbelly Beverage Bag

Teknologi pelik yang pernah dicipta
Produk ini ialah dapat menyeludupkan bir atau minuman lainnya ke dalam pelbagai acara.

8. Tank Paintball
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Walaupun kelihatan bodoh tapi sebenarnya alat ini juga kelihatan ada faedahnya. Kemenangan pasukan anda sudah dapat dipastikan jika anda memiliki ini dalam permainan paintball. Dan cuba lihat senyum besar dari orang yang memandunya, yang menaikinya pasti mendapatkan perasaan ‘berkuasa’ yang sebanding dengan harganya yaitu 16,000 US$.

9. Toshiba 360 Gaming Helmet
Teknologi pelik yang pernah dicipta
Toshiba memang pakar dalam mengeluarkan sesuatu yang ‘besar’ untuk dunia teknologi. Dan ternyata produk Toshiba yang satu ini memang besar, Toshiba menawarkan sebuah helmet gaming atau lebih tepatnya seperti sebuah televisi CRT yang dipasang ke kepala pemainnya. Dari gambarnya sudah cukup terlihat bahawa memakai helmet seberat 2.7 kg ini akan ‘memberatkan’ gamer.

No comments:

Post a Comment