Perlembagaan Mesir yang baru, diluluskan oleh pengundi dalam referendum dua tahap bulan ini, menggantikan Piagam 1971 yang dibekukan tahun lalu selepas protes meluas yang menumbangkan kekuasaan panjang presiden Hosni Mubarak.
Kesamaan dan perbezaan antara kedua-dua dokumen tersebut dalam beberapa isu kunci:
Peranan Islam
Kedua perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama rasmi di Mesir Undang-undang Islam, atau syariah, sebagai sumber utama perundangan. Keduanya juga mewajibkan negara untuk “mempertahankan” nilai keluarga tradisional yang berdasarkan Islam.
Namun perlembagaan 2012 untuk pertama kalinya mendefiniskan syariah. Dokumen tersebut menetapkan prinsip-prinsip syariah termasuk “bukti, peraturan, undang-undang antarabangsa dan sumber-sumber” yang diterima oleh Islam Sunni, mazhab Islam majoriti di Mesir.
Dokumen baru juga memberikan kuasa yang belum pernah ada sebelumnya kepada Al-Azhar, Universiti agama yang paling dihormati dalam kelompok Islam Sunni, dengan menyatakan bahawa semua hal berkaitan syariah harus dikonsultasikan pada para akademi di Universiti tersebut. Piagam 1971 tidak menyebut-nyebut Al-Azhar.
Hak Asasi Manusia
Kedua-dua dokumen menyatakan bahawa tahanan tidak boleh menjadi target “keselamatan fizikal mahupun moral” dan negara harus menjaga kehormatan diri mereka.
Dalam hal perlindungan hak asasi yang baru, perlembagaan 2012 melarang semua bentuk eksploitasi manusia dan perdagangan seks.hak Perempuan
Kedua-dua dokumen meminta negara membantu perempuan dalam kos mengasuh anak dan
mengimbangkan tanggungjawab keluarga dan pekerjaan. Namun dokumen-dokumen ini berbeza dalam hal persamaan antara laki-laki dan perempuan.
Pembukaan perlembagaan 2012 menyatakan bahawa Mesir mentaati prinsip persamaan “untuk semua warga negara, perempuan dan laki-laki, tanpa diskriminasi atau nepotisme atau perlakuan yang memihak, baik dalam hal hak atau kewajipan.”
Bahagian utama dokumen baru juga mengandungi dua pasal yang melarang negara melanggar hak dan peluang yang sama bagi warga negara. Namun kedua pasal tersebut tidak secara jelas melarang diskriminasi terhadap wanita.
Perlembagaan 1971 menyertakan satu pasal yang mewajibkan negara untuk melayan perempuan dan laki-laki secara sama dalam “ranah politik, sosial, budaya dan ekonomi,” selama perlakuan tersebut tidak melanggar syariah.
Satu pasal lain secara jelas melarang diskriminasi jantina.
kebebasan Ekspresi
Kedua-dua piagam menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat secara lisan, tulisan atau gambar, dan kebebasan akhbar untuk mempunyai organisasi berita dan menerbitkan berita secara bebas.
Dokumen 2012 melakukan perubahan besar dengan menjamin kemerdekaan berkeyakinan untuk “agama monoteis / samawi” – sebuah rujukan bagi Islam, Kristian dan Yahudi.
Perlembagaan tersebut menyatakan bahawa pengikut agama-agama tersebut mempunyai hak untuk melaksanakan ritual keagamaan dan mendirikan tempat ibadah “mengikut peraturan undang-undang.” Undang-undang dasar terdahulu tidak menyebutkan hak-hak agama selain Islam.
Dalam perbezaan yang lain, dokumen yang baru tersebut merangkumi larangan terhadap “penghinaan” terhadap nabi-nabi dalam Islam.
kuasa Presiden
Kedua perlembagaan menetapkan presiden sebagai komander tentera tertinggi dan ketua Dewan Pertahanan Negara, lembaga yang dianggotai enam menteri Kabinet awam dan enam pegawai tinggi tentera.
Dokumen-dokumen tersebut juga mengatakan bahawa presiden hanya dapat menyatakan perang atas persetujuan parlimen.
Beberapa batasan untuk kuasa presiden ditambah pada piagam 2012. Dokumen ini mengurangkan masa jabatan presiden dari enam tahun kepada empat tahun, dan presiden hanya boleh dipilih kembali satu kali, tidak terhad seperti dalam era Mubarak.
Calon perdana menteri yang dicalonkan presiden juga perlu diluluskan parlimen sebelum diangkat. Sebelumnya, presiden mempunyai hak untuk melantik atau memecat perdana menteri tanpa veto parlimen.
Piagam 2012 juga mewajibkan presiden untuk berunding dengan Dewan Pertahanan Negara sebelum menyatakan perang.
Dokumen ini sama sekali tidak menyebut wakil presiden. Bekas presiden Mubarak mempunyai hak untuk mengisi pos tersebut sesuai dokumen 1971, namun ia hanya melakukannya pada hari-hari akhir kekuasaannya.
kuasa Tentera
Perlembagaan yang baru secara ketara mengukuhkan kuasa pasukan bersenjata Mesir. Dokumen itu menyatakan bahawa presiden harus memilih menteri pertahanan dari pegawai tinggi tentera. Pilihan tersebut tidak terhad sebelumnya.
Di bawah piagam yang baru, kuasa untuk menentukan bajet pasukan bersenjata dijamin oleh Dewan Pertahanan Negara, setengah dari anggotanya adalah pegawai tentera.
Pegawai kanan tentera juga mendapat kuasa lebih tinggi untuk mengheret orang awam ke mahkamah tentera, namun hanya dalam kes-kes jenayah yang dianggap “membahayakan pasukan bersenjata.”
Selain itu, dokumen 2012 juga mewujudkan Majlis Keselamatan Negara yang dianggotai pegawai kanan tentera dan menteri Kabinet yang awam dengan jumlah berimbang.
Dewan tersebut diberikan tugas untuk melaksanakan strategi-strategi keselamatan, mengenalpasti ancaman keselamatan dan mengambil tindakan untuk mengatasi ancaman-ancaman tersebut

No comments:
Post a Comment